ARK Cyber Community
Welcome to ARK Forum Free Share for All
Come on ! Join to get more from ARK Forum

Thank You
ARK Cyber Community
Welcome to ARK Forum Free Share for All
Come on ! Join to get more from ARK Forum

Thank You
ARK Cyber Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ARK Cyber Community

Free Forum Sharing
 
IndeksLatest imagesPencarianPendaftaranLogin
______________________ Baca tentang ARK FORUM ________________________
How To Register ? Read Here
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Facebook
Latest topics
» Monster Legend Hack
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Icon_minitimeWed Feb 12, 2014 11:49 am by mroyat

» Auto Followers (New))
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Icon_minitimeTue Jan 07, 2014 8:35 pm by Demeyan

» Cheat FarmVille 2
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Icon_minitimeMon Dec 02, 2013 4:22 pm by Demeyan

» Cara Mudah & Cepat Download Video Youtube Tanpa Sofware
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Icon_minitimeSun Oct 27, 2013 10:30 am by Demeyan

» IDS Twitter (Informasi)
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Icon_minitimeSat Oct 05, 2013 11:57 am by Demeyan

» Cheat Dragon City Event (Aztec)
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Icon_minitimeTue Sep 24, 2013 3:40 pm by Demeyan

» Cheat Baseball Heroes (18 Semptember)
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Icon_minitimeWed Sep 18, 2013 6:34 pm by Demeyan

» Cheat Dragon City Gold to Exp
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Icon_minitimeWed Sep 18, 2013 6:32 pm by Demeyan

» Monster Legend Food
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Icon_minitimeWed Sep 18, 2013 6:26 pm by Demeyan

Musik
online radio
Visitor
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Flags_0

 

 Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman

Go down 
PengirimMessage
alhakym_03
Anak Baru
Anak Baru
alhakym_03


Jumlah posting : 34
Join date : 19.08.13
Age : 25
Lokasi : Prolinx

Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Empty
PostSubyek: Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman   Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman Icon_minitimeTue Aug 27, 2013 5:00 pm

Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman

Apa itu sistem Dajjal?

Sistem Dajjal adalah sistem kepalsuan, seperti yang berlaku sekarang ini. Orang menyebutnya The New World Order, meskipun kenyataannya malah tidak ada susunan. Yang disebut pejuang hak asasi manusia tetapi yang sebenarnya adalah pengganas. Sedangkan mereka yang dituduh pengganas justeru sebenarnya orang yang mulia di hadapan Allah.

Apakah sistem Dajjal itu adalah aturan kehidupan yang kini atur AS?

Ya. Itu tercermin dalam lembaran wang satu dollar AS. Bahagian depan itu bergambar Presiden AS pertama, George Washington, dan bahagian belakangnya bergambar piramid yang terpotong. Letak gambar piramid ada di belakang, sebagai isyarat bahawa di belakang AS ada kekuatan lain. Pada piramid tersebut ada segitiga bergambar mata satu. Di atasnya ada tulisan “annuis coeptis” (semoga dia senang dengan projek ini). “Dia” yang dimaksudkan adalah Si Mata Satu. Di bawahnya ada tulisan “Novus Ordo Seclorum” ( perintah dunia baru). Ertinya, umat seluruh dunia diharapkan masuk projek perintah dunia baru dan menerima kepimpinan Si Mata Satu. Orang yang familiar dengan hadis-hadis Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam akan paham bahawa yang dimaksudkan Si Mata Satu adalah Dajjal.

Bila Dajjal akan muncul?

Dajjal sudah ada sejak zaman Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis sahih yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fatimah binti Qais.

Ada seorang pengembara Nasrani yang terdampar di suatu pantai. Ia turun dari kapalnya dan kemudian bertemu binatang aneh. Binantang itu menghantarkannya ke sebuah biara. Di biara tersebut ada seorang lelaki terpasung. Dia bertanya, “Apakah Sungai Tiberia sudah kering? Apakah muncul seorang lelaki yang bernama Muhammad yang disebut sebagai nabi akhir zaman? Apakah lelaki itu sudah diusir oleh penduduk di negaranya sendiri? “

Pengembara Nasrani itu penasaran. Dia kemudian menelusuri jazirah Arab untuk mencari lelaki yang dimaksudkan. Dia kemudian bertemu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Dia bertanya pada beliau, “Siapa orang yang dipasung itu?” Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam menyatakan bahawa lelaki itu adalah Dajjal. Namun Dajjal tidak akan muncul sebelum Imam Mahdi keluar.

Bila Imam Mahdi keluar?

Menurut Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam, salah satu tandanya adalah kematian atau pembunuhan seorang khalifah. Namun sekarang sudah tidak ada khalifah. Menurut saya, khalifah yang dimaksudkan adalah seorang pemimpin negeri Muslim yang sangat nyata. Amin Muhammad Jamaluddin, seorang penulis asal Mesir yang menulis buku “Umur Umat Islam”, menafsirkannya sebagai pemimpin Kerajaan Arab Saudi. Kalau memang benar seperti itu, bererti sudah dekat.

Menurut hadis tersebut, kelak Al-Mahdi akan muncul lalu di-baiat oleh sekumpulan pemuda di Kaabah. Penguasa semenanjung Arab akan terus menghantar pasukan untuk menangkap para pemuda itu. Tetapi pasukan itu akan dibenamkan ke bumi oleh Allah, kecuali dua orang saja.

Dua orang tersebut sengaja diselamatkan agar mereka boleh menceritakan kepada awam bahawa rakan-rakan mereka telah tenggelam ditelan Bumi. Begitu khabar ini tersiar, semua Mukmin yang faham hadis-hadis sahih tentang kemunculan Al-Mahdi akan sedar bahawa Imam Mahdi telah muncul. Mereka akan berbondong-bondong untuk ber-baiat.

Bagaimana bila dihubungkan dengan umur umat Islam?

Menurut Amin Muhammad Jamaluddin, ketika dia menafsirkan beberapa hadis mengenai umur umat Yahudi, Kristian, dan Islam, diisyaratkan bahawa umur umat Islam ialah 1500 tahun. Sekarang sudah 1424 Hijriah [tulisan ini dibuat pada 2003], jadi tinggal 76 tahun lagi. Itu belum dipotong waktu perjuangan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam ketika di Mekah, yang memakan masa 13 tahun. Jadi umur ummat Islam tinggal sekitar 63 tahun. [Bererti sekarang tinggal sekitar 54 tahun]

Bila masa kekhalifahan di akhir zaman yang menurut hadis akan berlangsung selama 40 tahun terjadi pada masa damai, maka huru-hara besar itu akan terjadi dalam kurun waktu kurang dari 23 tahun ke depan ini [sekarang bererti kurang dari 14 tahun ke depan]. Kemunculan khilafah akan didahului oleh terjadinya huru-hara dan kaum Muslim akan di bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kemunculan Imam Mahdi juga akan ditandai dengan munculnya komet. Menurut yang saya tahu dari para astronomi, komet akan muncul pada 2022. Jadi kalau saat itu Imam Mahdi muncul, maka perhitungan itu menjadi sangat mungkin. Atau boleh jadi kemunculan Imam Mahdi justeru akan lebih cepat dari itu.

Apa ciri-ciri khusus Imam Mahdi?

Menurut Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam, namanya seperti nama Rasulullah shallallaahu’ alaihi wasallam dan nama ayahnya pun sama dengan nama ayah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Bicaranya kurang lancar, sehingga kalau bicara harus menepuk pahanya dulu. Apakah itu bererti dia gagap? Wallahu’alam.

Berapa usia Imam Mahdi ketika muncul?

Usia Imam Mahdi adalah seusia ketika Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pertama kali berperang. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pertama kali berperang di Perang Badar di usia 55 tahun.

Apakah itu bererti sebenarnya Imam Mahdi sudah ada?

Ya, sudah ada, tapi oleh Allah belum dimunculkan. Sekarang kita tidak tahu Imam Mahdi itu siapa. Dan hal itu bukan hal aneh, kerana memang ia akan muncul mendadak.

Bukankah sudah ada beberapa orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi?

Tidak boleh. Imam Mahdi di-baiat oleh 313 pemuda di Kaabah. Jumlah itu sama dengan jumlah pasukan ketika Perang Badar. Baiatnya terbuka meskipun sebenarnya Imam Mahdi enggan dijadikan pemimpin. Bila ada yang mengaku-ngaku Imam Mahdi, maka itu adalah penipuan.

Apakah kelak Imam Mahdi akan memimpin kekhalifahan Islam?

Ya. Sebelum itu ia akan memimpin beberapa peperangan untuk meruntuhkan The New World Order ini. Perang meruntuhkan maalikan jabariyan ini bertujuan untuk mewujudkan The Next World Order.

Bagaimana dengan perang Akhir zaman?

Ada empat perang besar. Pertama, perang melawan penguasa semenanjung Arab. Kaum Muslim menang. Kedua adalah perang melawan penguasa zalim parsi, Muslim juga menang. Perang selanjutnya adalah melawan Rome atau Eropah, dan menang juga. Ke empat adalah perang melawan Dajjal dan 70,000 tentera Yahudi.
Kembali Ke Atas Go down
 
Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
»  [b]MALAYSIA DI MATA DAJJAL[/b]
» Gejolak Timur Tengah Demi Perpanjang Umur Penjajah Zionis di Palestina
» Berikut bukti dan fakta tentang CR7 tentang cintanya kepada Islam:

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
ARK Cyber Community :: Information and Entertainment :: Education-
Navigasi: